Mat Zan Pula Kata Korban Sekali Piala FA

Jika lagenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir berpendapat yang hanya Piala Malaysia yang perlu direhatkan, pengendali kelab Melawati FC, Mat Zan Mat Aris pula berpendapat, Piala FA juga wajar dikorbankan untuk saingan musim ini.

Namun, ianya tetap bergantung kepada tempoh penggantungan liga ketika ini yang berpandukan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Tempoh PKP kini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Bagaimanapun, jurulatih kelab yang beraksi dalam saingan Liga M3 itu mengakui yang saingan untuk dua piala berprestij di Malaysia itu masih boleh diteruskan, jika liga kembali bersambung selepas tempoh PKP terbaharu itu berakhir.

“Sama ada diteruskan ataupun tidak saingan Piala FA dan Piala Malaysia bergantung kepada masa yang ada. Jika ada masa, contoh liga kembali bersambung selepas tempoh PKP berakhir, saingan dua piala itu mungkin boleh teruskan.

“Tapi melihat situasi semasa wabak itu, ada baiknya saingan dua piala berprestij itu perlu dikorbankan bagi memberi laluan kepada saingan Liga Super dan Liga Perdana sahaja,” jelas Mat Zan Mat Aris lagi kepada Harian Metro.

Mat Zan Mat Aris berpendapat jika semua pertandingan masih dijalankan, para pemain mungkin bakal penat dengan bersaing dalam tiga pertandingan sekaligus, selain kontrak para pemain majoritinya akan berakhir pada November.

“Ini bagi membolehkan pemain lebih fokus kepada liga, selain tidak memenatkan mereka kerana sudah pasti jadual perlawanan padat jika Piala FA dan Piala Malaysia diteruskan, ditambah pula kontrak mereka berakhir pada November.

“Daripada sudut kemeriahan pula sudah pasti berkurangan kerana mungkin peminat berhati-hati untuk ke stadium kerana bimbang COVID-19 dan mungkin mereka memilih untuk menonton televisyen di rumah,” tambahnya lagi.

Piala Malaysia merupakan antara kejohanan tertua di Asia dan pernah berehat selama beberapa tahun akibat Perang Dunia Ke-2 pada tahun 1942 sehingga 1947 – jadi ia sesuatu yang tidak mustahil untuk ‘merehatkannya’ kerana pandemik ini.

Dan dengan mengorbankan sekali kejohanan Piala FA yang telah bermula sejak tahun 1990, ia akan sedikit sebanyak memberikan pemain rehat yang cukup. Saingan Shopee Piala FA 2020 sepatutnya berlangsung pada 17 Mac yang lalu.

Dengan pandemik COVID-19 yang belum berjaya dibendung lagi oleh kerajaan dan juga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta kedegilan segelintir rakyat Malaysia, dijangkakan COVID-19 dan PKP bakal berlanjutan lagi.

KREDIT FEATURED IMAGE: STADIUM ASTRO

Baca artikel lain mengenai Mat Zan dan Piala Malaysia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN