Categories
Research & Development

Cara pos barang Shopee untuk penjual kategori makan komisen daripada bisnes dropship

Dropship dekat Shopee..produk Pasak Rangjuna Gold…

Bismillah,

Sambung kisah sebelum ini iaitu…..Dapat pengalaman baru selepas aktif kembali jadi penjual di Shopee

Cara-caranya bagaimana?…jika printer tak ada, produk dikawal oleh HQ dan berada pulak jauh beratus kilometer dari lokasi kita buat bisnes dropship…caranya, ikut saja langkah mudah di bawah…

  1. Selepas terima tempahan….tunggu pihak Shopee tentukan syarikat penghantaran yang dicadangkan…layan saja karenah si Shopee tu…hee…heee..
  2. Bila sudah keluar butang untuk ” Terima Shipping Arrangement” dan status “pending” sudah hilang maka  klik terus butang ” Terima Shipping Arrangement ” ..
  3. Nanti akan dibawa masuk ke Seller Center dan klik My Shipment…
  4. Lihat produk yang ditempah, hujung sekali sebelah kanan klik Print Waybill
  5. Memandangkan bukan kita yang nak pos barang tersebut, maka klik butang download waybill dan hantar ke HQ untuk mereka cetak sendiri waybill tersebut…guna app Telegram atau Whatsapp pun boleh untuk hantar waybill ini…tak perlu guna email bagai..untuk cetak dan muat turun waybill secara aman damai, elok guna PC atau laptop…guna smartphone dah macam setting bodo jadinya…buat serabut sahaja.
  6. Pandai-pandai laa HQ cari cawangan syarikat penghantaran yang tertera dekat waybill tersebut….
  7. Maka selesai sudah masalah tidak boleh kemas kini no tracking secara manual untuk kegunaan peniaga level dropship…
  8. Tunggu barang sampai ke pembeli dan sehingga hasil jualan dimasukkan oleh Shopee ke wallet milik akaun kita. Bila sudah bertimbun dalam wallet baru withdraw…
  9. Akhir sekali ulang langkah no 1 sehingga langkah no 8 saaaaaaampai bila-bila…selagi Shopee masih ada sengat laaa..

Cara di atas, kos penghantarannya admin pasang FREE SHIPPING dan kos pos tersebut semua HQ yang bayar….heee..heee. Emm, shipping jimat kos yang disediakan oleh pihak Shopee pun ada..siapa yang nak jimat kos penghantaran…..disarankan untuk guna cara tersebut. Apa hal nak simpan stok banyak-banyak dekat rumah……jika bisnes dropship dah ada…jimat modal…makan komisen jualan kan lebih bagus… kenapa pilih Shopee? kerana Shopee masih ada sengat dan senang untuk dapat jualan…Kali ini barang apa admin try jual?…lihat di bawah..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya…


Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *